SEJARAH PKG KEPALA BATAS
Pusat
Kegiatan Guru (PKG) adalah merupakan
sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau
sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di
dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam
penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat
sokongan kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Oleh
itu, kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu-satu Daerah
Pendidikan.
Dari Segi sejarahnya, gerakan kearah penubuhan Pusat Kegiatan Guru
berlaku secara beransur-ansur, bermula dengan penubuhan :
- Pusat Sumber Tempatan
(1978)
- Pusat Media Daerah
(1981)
- Pusat Sumber
Pendidikan Daerah (1986)
Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan
pencapaian pendidikan di antara Bandar dengan luar Bandar.Tujuannya pada masa
itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan
kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah.
PSPD ditukar namanya kepada
Pusat Kegiatan Guru dengan singkatannya PKG pada 14 April 1990 dan diberikan
peranan yang lebih luas. Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rancangan
prasarana pendidikan dan pemangkin untuk merangsang pembangunan profesional
guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi
pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan
pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan
Falasafah Pendidikan Kebangsaan.
FUNGSI
- Mengurus dan mentadbir Pusat Kegiatan Guru.
- Melaksanakan, menilai program dan latihan Teknologi Pendidikan.
- Memantau penggunaan penyelesaian bersepadu Sekolah Bestari.
- Penyelaras program dan latihan Teknologi Pendidikan, Pendidikan Bestari dan PSS
- Memudah cara program pengurusan perubahan pendidikan bestari di Sekolah setempat.
- Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran
- Memberi khidmat bantu Teknologi Pendidikan.
- Mengurus data dan maklumat aktivti PKG, Kakitangan Sumber (KS),
- Pusat Sumber sekolah (PSS) dan sekolah setempat.
VISI
Mewujudkan budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan yang
berkesan di setiap sekolah
MISI
- Membangunkan bahan sumber pendidikan yang bermutu tinggi dalam pelbagai media
- Mengembangkan sistem jaringan kepada semua warga pendidikan.
- Memberi khidmat kepakaran profesional dan teknikal dalam media dan teknologi pendidikan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Bahagian
Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan itizam, berjanji
menyempurnakan
tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk:
- Menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
- Menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan
PERKHIDMATAN PKG UNTUK SEKOLAH SETEMPAT
·
Rakamsalin cakera
padat audio / video dan lain-lain bahan yang dibenarkan saja
·
Menjalankan bengkel
mengikut keperluan guru.
·
Bimbingan dan
khidmat bantu komputer.
·
Pemantauan dan
khidmat bantu Pusat Akses dan Schoolnet.
·
Konfigurasi
rangkaian.
·
Pinjaman buku.
·
Membuat rujukan.
·
Khidmat nasihat ICT, VLE dan PSS.